assalamualaikum semua...
arini saya nk kongsi ngan kawan-kawan semua "Rahsia Cinta Si Dia Di Sebalik Cara Makan"
hehehe...korg jangan xtahu.cara makan pun boleh menggambarkan sikap seseorang taw.tapi terus terang la artikel ni pun saya baca dlm kwn saya punya blog.hehe jgn marah...jom kita baca sama2... :)
Makan dengan tenang
wahhhh...machonya dia. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya dia seolah-olah lebih berminat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu. Hihihi...namun disebalik sikap dingin itu si dia menggambarkan bahawa ia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal satu di HATInya...!!!!
Asyik belek makanan
hahaha..kelakarnya. Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu. Macamlah makanan tu sedap sangat kan.. Perhatikan cara dia makan.Cukup teliti. Contohnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu disusun elok titepi pinggan..tapi usah risau. Itu menandakan dia amat prihatin dalam apa jua yang dilakukan. Dan juga dia memang serius dengan kamu. Jadi jangan ragui cintanya.....
Serius ketika makan
Gaya makan yang okey..tak terlalu cepat dan tak lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kkerap sangat.. Maknanya kamu masih wujud lagi di depannya. Namun ketika mengunyah matanya asyik perhatikan kamu je hingga kdgkala kamu nak makan pun rasa segan...alahai bertuahnya badan. Nampak sangat dia teramat sayangkan kami dan tak mahu kamu hilang sesaat pun dari pandangannya...tapi jaga-jaga taw. Jangan sampai tercekik tulang pulak. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Semoga berbahagia :)
Makan sambil borak
Syok sangat si dia berbual dengan kamu sampaikan nasi dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nk tengok dia marah2. Tapi merajuk tu masih ada la. Dia juga jenis yang berterus-terang krn baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berkekalan. Tapi hati-hati taw.Jangan buat si dia marah.Nanti 'angin satu badan pulak!'
Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan xde perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan si dia ada date dengan gadis/jejaka lain cuma itu memang tabiat dia. Ini menunjukkan si dia sebenarnya seorang yang menitiberatkan soal masa. Tiap kali berjanji mesti 'on time' dia sampai....
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena..makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi la. Kadangkala sakit gak hati kamu dibuatnya. Alahai biasala, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tidak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala merimaskan kamu. Tapi disebalik sikapnya itu ia menunjukkan bahawa dia teramat ambil berat tentang kamu. Cuma hati-hati dia seorang yang kuat cemburu. Jadi kamu jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata..hikhikhik....